Home /

T&C

TERMA & SYARAT

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk CelebrityLass™ kami, anda dinasihatkan supaya memahami segala terma dan syarat pembelian berikut:

  1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual.
  2. Pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang untuk pembelian secara online. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda lakukan ketika mengisi borang pesanan.
  3. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan luar dari Malaysia adalah USDollar.
  4. Jika membeli secara online, sila sertakan bukti pembelian melalui WhatsApp. Ini bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar.
  5. Pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat selepas pembayaran dibuat.
  6. Kami jamin semua barang berada dalam keadaan baik sebelum dipos. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
  7. Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) bagi proses penghantaran. Kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.
  8. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:
    • Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
    • Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Stokis Negeri atau Ejen, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.
  9. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
  10. Baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan sekiranya pembayaran lebih dibuat.
  11. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

 

Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

CelebrityLass™

KISMIND SDN. BHD. (1156882-U)
No 9-1, Jalan Makyong 5A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang Selangor.
Hotline: (603)-3359 9640